4 Jun 2013 - 19:30
Pengganas Syria maut dalam perjalanan ke hospital di Israel

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang pengganas Syria yang tercedera menemui ajalnya setelah melintasi sempadan dan berada dalam perjalanan menuju ke sebuah hospital di wilayah Palestin yang diduduki Israel.Sementara itu menurut jurucakap hospital, Yael Shavit kepada Agensi Berita Perancis, salah seorang pengganas yang turut dikejarkan ke hospital yang sama telah dibedah dan berada dalam keadaan stabil."Orang Syria yang cedera telah meninggal dunia ketika sedang dibawa ambulan tentera sebelum sampai ke hospital Ziv," katanya di Utara bandar Galilee.Sementara itu radio tentera Israel juga turut mengesahkan bahawa kedua-dua pesakit merupakan pengganas yang sedang berperang dengan askar Syria di sempadan kota Al-Qushair.Shavit menyatakan bahawa hospital Ziv telah merawat 16 orang pesakit yang cedera dalam pertempuran di Bukit Golan dalam tempoh tiga bulan lalu.Pada hari Isnin sebelum ini, Menteri Pertahanan Zionis Moshe Yaalon mengesahkan laporan bahawa pihaknya telah membuka hospital di Golan untuk merawat pengganas yang menyeberangi sempadan."Ini adalah satu langkah kemanusiaan, tetapi Israel tidak mempunyai niat membuka kem pelarian," dakwanya.Tentera Zionis telah merampas sebahagian daripada dataran strategik dari Syria dalam peperangan enam hari 1967.Askar Syria telah melancarkan operasi besar-besaran menggempur pengganas di bandar Al-Qushair pada 19 Mei lalu untuk membasmi kumpulan militan dan membebaskan penduduk awam yang terperangkap di dalamnya.Kempen ketenteraan ini telah dinobatkan dengan kemenangan cemerlang apabila berjaya merebut kembali seluruh bandar Al-Qushair dan hasil dari kejayaan tersebut, penduduk awam dapat kembali ke rumah masing-masing.Syria telah dilanda pergolakan akibat krisis pengganas sejak pertengahan bulan Mac 2011 di mana Syria menuduk pihak asing mendalangi konflik tersebut dengan membekalkan dana dan senjata kepada kumpulan pengganas.